Tuesday 6 October 2015

Cara Tanam Pokok Kesum Dalam Baldi

Cara Tanam Pokok Kesum Dalam Baldi. Bagaimana teknik untuk menanam pokok kesum di dalam baldi? Ikuti tutorial langkah- langkah tanam kesum yang telah disediakan:

Teknik Tanam Kesum Di Dalam Baldi
Tanam Kesum Dalam Baldi


Cara Mudah Tanam Kesum Dalam Baldi

Untuk menanam kesum didalam baldi, anda perlu menyediakan bahan-bahan seperti keratan kesum,tapis,baldi,baja ab dan solder iron ( ukuran mulut baldi ) dan bakul harus sepadan.  Panduan untuk menanam kesum baldi boleh diikuti dibawah :

1.Mula-mula buatkan lubang lebih besar di tapis mengguna solder iron. Ini kerana sendi-sendi pada keratan kesum agak besar.
2. Kemudian, sila lurut buang daun di bahagian bawah batang kesum ( tinggalkan daun sejengkal dari pucuk).
3.Isikan air baja ab didalam baldi mengikut sukatan bancuhan dari pembekal masing-masing.
4.Letakkan tapis dalam atau atas baldi 
5.Cucukkan batang kesum tadi ke dalam tapis hingga ianya mencecah air baja
6.Tempatkan di kawasan yang redup sehingga pkk nya stabil.dan sudah mengeluarkan akar ( kira-kira dalam tempoh satu minggu)
7. Setelah satu minggu, pokok kesum tersebut sudah boleh didedahkan kepada cahaya matahari

Pesanan, jangan lupa untuk tambahkan air baja ab apabila berkurang dan pantau kehadiran jentik-jentik di dalam bekas baja yang digunakan. Semoga perkongsian tentang kaedah menanam kesum secara hidroponik dapat membantu anda. Jangan lupa untuk kongsikannya dengan yang lain dan selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment