Friday 2 October 2015

Drama Keluarga Pontimau Tv3

Drama Keluarga Pontimau, Aksi TV3 2015. Tonton Drama Keluarga Pontimau yang ditayangkan di Tv3. Barisan pelakon adalah terdiri daripada Isma Daniel, Julia Ziegler, Kismah Johar, Jaslin Puasa, Akhmal Rizal, Jasmine Surayadan dan Yasmin Hani.

Keluarga Pontimau

Keluarga Pontimau Drama Slot Aksi Tv3
.
Keluarga Pontimau merupakan satu keluarga hasil perkahwinan campur Pontianak dan Harimau Jadian. Keluarga ini telah berpindah ke kawasan kejiranan baru di Saujana Bookit. Eddy, ketua keluarga adalah harimau jadian yang mempunyai kekuatan luar biasa, berumur seratus lima puluh tahun dan memakan daging mentah. Memiliki paras rupa yang agak kacak, penuh dengan keyakinan diri namun malas dan perbuatannya tidak menunjukkan kecerdikannya.

Isterinya pula, Elvira merupakan seorang Pontianak yang gemarkan  gaya yang elegan dan sedikit kreatif. Mereka memiliki dua orang anak kembar iaitu Joe dan Sabrina. Joe (Sean Lee) mewarisi DNA kedua ibu-bapanya. Elvira mempunyai kekuatan yang yang lebih tinggi daripada Eddy. Beliau cuba untuk mempelajari dan memahami tentang kehidupan manusia misalnya memasak, menguruskan rumah tangga, mengemas rumah dan bermacam bagi mengaburi mata manusia tentang rahsia keluarga mereka, namun selalu sahaja usaha tersebut menimbulkan masalah. Berjayakah mereka menutup selama-lamanya rahsia keluarga mereka ?

No comments:

Post a Comment